Translate

Makanan Yang Halal Dan Yang Haram Menurut Islam

Wahai sekalian manusia makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikuti jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah: Ayat 168)

Makanan halal ialah makanan yang baik untuk kesihatan jasmani dan rohani menurut Islam. Makanan haram pula ialah makanan yang tidak baik untuk kesihatan jasmani dan rohani.

Agama Islam telah menentukan garis panduan berhubung dengan makanan yang halal dan yang haram adalah untuk menjamin kesejahteraan rohani, jasmani dan akal. Antara hikmah memilih makanan yang halal ialah

Hikmah Makanan Yang Halal

* Mendapat hidayah daripada Allah

* Mudah menerima pelajaran

* Sihat jasmani, bersih rohani dan cerdas akal

* Diredai oleh Allah

* Doa diterima

* Khusyuk beribadat

Amalkan Mengambil Makanan Seimbang

Individu perlu mengambil makanan seimbang setiap hari. Makanan seimbang baik untuk kesihatan badan. Firman Allah S.W.T.

Wahai orang yang beriman makanlah benda-benda yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu..... (surah Al-Baqarah: Ayat 127)

Islam menyarankan supaya kita mengambil makanan sekadar yang perlu. Islam melarang mengambil makanan yang terlalu banyak dan membazir. Mengunakan sesuatu dengan berlebih-lebihan sehingga terbuang contohnya memasuk makanan yang terlalu banyak sehingga tidak habis dimakan dan tidak diberikan kepada orang lain akhirnya rosak dan dibuang. Islam juga melarang kita mengambil makan secara berlebihan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tips Menyihatkan Badan
  • Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

  • Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol.

  • Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

  • Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

  • Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

  • Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan

  • Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai.

  • Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda.

0 comments: