Translate

Adab Kepada Ibubapa


Maksud kepada ibubapa ialah bersopan santun kepada ibubapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. Islam mewajibkan setiap penganutnya beradab kepada ibubapa. Berdosa besar anak yang tidak beradab atau menderhaka kepada kedua-keduannya.

Fikirkanlah betapa susah dan deritanya ibu mengandung dan mempertaruhkan nyawa ketika melahirkan kita. Setelah itu, ibubapa dengan penuh kasih sayang mengasuh dan membesarkan kita. Mereka sanggup bersusah payah dan menderita demi kebahgiaan anak.

Anak derhaka dibenci Allah

Banyak ayat Al-Quran memberi peringatan supaya kita sentiasa mentaati perintah ibubapa selagi tidak bertentangan dengan hukum syariat. Anak yang tidak mentaati ibubapa ialah anak yang derhaka dan tidak selamat hidup mereka didunia dan diakhirat.

Allah sangat benci dan tidak meredai kehidupan anak yang menderhaka kepada ibubapa. Oleh itu, jangan sekali-kali kita menderhaka kepada ibubapa seperti menyakiti hati, menengking, mehina, biadab atau menyusahkan hidup mereka.
Beradab Untuk Kesejahteraan Ibubapa

Pelajar, kalau hendak dinilai pengorbanan dan jasa ibubapa kepada kita, memang tidak ternilai dan tidak terbalas. Oleh itu, berusahalah mengamalkan adab yang baik kepada ibubapa seperti:

* Mengasihi dan mendoakan kebahgiaan
* Taat perintah
* Berterima kasih
* Menjaga perasaan
* Menolong kerja dirumah
* Bersopan santun
* Memberi salm
* Menghormati

Berusahalah melatih diri kita menjadi anak yang beradab, semoga segala amal soleh yang kita lakukan diterima oleh Allah S.W.T.

Hikmah Menghormati Ibubapa

Menghormati ibubapa besar hikmatnya kepada seseorang. Antara hikmatnya adalah seperti berikut:

1) Mendapat keredaan, rahmat dan keampunan Allah
2) Dihormati dan dikasihi oleh manusia
3) Memperoleh kebahgiaan hidup didunia dan diakhirat
4) Dikurniakan pahala yang banyak disisi Allah
5) Jiwa tenang dan tenteram

Menghormati ibubapa dituntut oleh syariat kerana amalan tersebut memberi kebaikkan kepada seseorang didunia dan diakhirat. Oleh itu, hindarkanlah diri daripada menjadi anak yang tidak beradab.

0 comments: