Orang yang menggunakan benda-benda memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak, hukumnya tetap haram. Begitulah juga perbuatan berjudi, sama ada dipertaruhkan itu banyak atau sedikit hukumnya tetap haram. Mana-mana pihak yang terlibat dengan perbuatan diatas seperti memproses dan menjual arak, menyediakan kemudahan tempat perjudian, hukumnya adalah haram. Oleh itu, sebahagian pelajaran Islam kita hendaklah menjauhi kedua-dua perkara tersebut.
Keburukkan Arak Dan Judi
Mengunakkan arak dan berjudi adalah perbuatan keji. Kedua-dua perbuatan tersebut membawa akibat buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Antaranya,
* Melahirkan individu mengabaikan perintah Allah
* Mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara
* Merosakkan akal fikiran, kesihatan dan membahayakan keselamatan diri
* Berlaku perkara-perkara jenayah seperti penipuan, peras ugut dan pergaduhan antara masyarakat
* Menjadikan seseorang itu malas berusaha dan tiada matlamat hidup
* Terdedah kepada godaan syaitan untuk melakukan perbuatan keji dan mungkar
Usaha Menghindarkan Diri Daripada Meminum Arak Dan Berjudi
* Jangan berkawan dengan peminum arak dan penjudi
* Tidak pergi ketempat yang menjalankan kegiatan tersebut
* Sentiasa mengambil makanan yang halal dan baik untuk kecerdasan akal dan tubuh badan
* Tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan yang laun seperti menghidu gam
* Bijak merancang perbelanjaan dan berjimat-cermat
* Jangan memilih permainan atau membeli barang-barang yang ada ansur-ansur perjudian
* Bertanya kepada pengawai perubatan atau mengikuti laporan media tentang bahaya arak dan dadah
* Selalu berdoa supaya dihindarkan daripada meminum arak dan berjudi
Ibu Segala Maksiat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ | " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371) | ” |
Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-
- Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
- Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
- Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
- Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
- Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
- Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ | "Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.) | ” |
Hukuman Hudud minum arak
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
“ | Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali. | ” |
Hukuman jenayah hudud bagi peminum arak telah disebutkan dengan jelas di dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Orang-orang Islam yang meminum arak dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim di dalam Daulah Islamiyah). Di antara syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman terhadap orang yang meminum arak ialah :
- Orang yang sudah mukallaf
- Dengan kemahuan sendiri
- Mengetahui haram hukum meminumnya
- Telah diakui oleh yang minum, atau dilihat oleh 2 orang saksi laki-laki yang adil
0 comments:
Post a Comment