Translate

Kehebatan Otak


Otak dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk kegunaan berfikir. Kemampuan berfikir seseorang tidak bergantung kepada saiz atau berat otak fizikalnya tetapi pada sel-sel saraf neuron yang terkandung di dalam otak tersebut.

Orang yang jarang berfikir paling minimum mempunyai sejumlah 10 bilion sel. Setiap satu sel berhubungan dengan saraf yang lain. Orang yang rajin berfikir pula mempunyai sehingga 1 trilion sel. Semakin kerap kita berfikir, semakin banyak sel otak yang terbentuk.

Otak mengandungi bahan cecair yang terdiri dari berpuluh-puluh jenis bahan kimia, yang bertindak balas untuk membolehkan manusia berfikir. Setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti sebuah komputer besar, yang membolehkan otak mampu menampung sekurang-kurangnya 120 kemahiran. Malangnya, manusia hanya menggunakan 5-10% sahaja dari keupayaan otak mereka.

Menurut kajian awal saintis terkenal Albert Eienstein, otak manusia terbahagi kepada dua; otak kiri dan otak kanan. Kemudianya Dr. Robert Ornstein dan Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pula mengkaji temtang perbezaan fungsi otak kiri dan otak kanan secara sistematik.

Kajian mereka mendapati otak kanan berfungsi lebih khusus dalam memproses maklumat secara keseluruhan dan bertindak balas dengan irama, imej, warna dan berkhayal. Otak kiri pula memproses maklumat satu persatu dan bertindak balas dengan perkataan, nombor, logik dan analisis. Untuk menjadi cemerlang, pelajar hendaklah menggunakan kedua-dua belah otak ketika belajar.

Peranan Otak Ketika Membaca

OTAK KANAN
* Memahami isi buku keseluruhannya.
* Mengambarkan apa yang dibaca dalam minda.
* Bacaan dibawa kepada perasaan dalal hati.

OTAK KIRI
* Meneliti perkataan demi perkataan.
* Berfikir logiknya kandungan buku.
* Mengingat fakta, formula, perbendaharaan kata.

Dengan menggunakan kemampuan otak secara optimum baharulah kita dapat menggarap ilmu pengetahuaan dengan lebih berkesan dan pantas.

Jangan sekali-kali anda merosakkan fungsi otakdengan melakukan aktiviti yang mengakibatkannya rosak seperti merokok, menghisap dadah, minum arak, melihat gambar lucah, bermain sukan merbahaya yang boleh melibatkan kecederaan kepala dan sebagainya.

0 comments: