Translate

MENGAPA PERLU BELAJAR?


Pernahkah anda tertanya, kenapa kita mesti belajar sesuatu perkara itu, walaupun kita sudah tahu? Untuk makluman semua, untuk berjaya dalam kehidupan yang serba maju ini, kita mestilah berilmu.

Dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman, bolehlah kita menggunakannya dalam hidup kita. Bila sudah berkemahiran, bolehlah diajar kepada orang lain. Proses pemindahan ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada seorang individu kepada individu yang lain dipanggil proses belajar.

Kita mesti ingat, belajar mesti ada gurunya. Seperti pepatah Arab “Beramal tanpa ilmu itu gila, berilmu tanpa amal itu bodoh dan sia-sia.” Ada satu lagi pepatah, “Hidup tanpa ilmu, tanpa amal adalah ibarat haiwan yang melata-lata di muka bumi ini sahaja.”

Jangan pula kita lupa, jika ingin mempelajari sesuatu ilmu, pengetahuan dan pengalaman mestilah yang baik-baik dan berguna serta bermanfaat sahaja. Jadi, jangan pula mengambil kesempatan untuk belajar perkara-perkara yang tidak berfaedah kepada diri dan masyarakat semata-mata untuk mendapatkan pengalaman. Anda semua lebih bijak dari itu!

Selamat belajar!

0 comments: