Tenteramkan diri semasa dalam majlis pengajian. Jangan terlalu banyak bergerak-gerak seperti berpaling ke kiri dan ke kanan serta ketawa.
Hal tersebut dilihat pada adab sahabat bersama Rasulullah S.A.W dalam menerima setiap ungkapan daripada baginda. Ini sebagaimana yang diriwayatkan, yang dimaksudkan:
"Apabila Nabi S.A.W berkata-kata, kepala orang-orang yang mendengarnya akan tunduk seolah-olah burung bertenggek di atas kepala mereka.
Keadaan seseorang memperlihatkan ketenteraman akan mendorong ketetapan hati di dalam majlis ilmu. Hal ini adalah penting untuk memahami dan menguasai pelajaran yang disampaikan.
Ini kerana tahap perhatian seseorang terhadap pelajaran sememangnya didorong dengan sikap tenang dan teknik penumpuannya. Tahap perhatian yang lebih mendalam akan menghasilkan penguasaan yang lebih tinggi terhadap pelajaran. Dengan demikian kecemerlangan yang dicita-citakan dapat dikecapi.
skip to main |
skip to sidebar
Translate
Followers
!-end>!-local>
0 comments:
Post a Comment