Translate

Jangan tahan bersin...Lepaskan...

JIKA berasa hendak bersin, jangan ditahan kerana kajian mendapati menahan bersin membahayakan hingga berkemungkinan boleh menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Hasil kajian yang diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports menyatakan, mereka yang berasa hendak bersin namun menahannya, boleh mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh.
Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan mengadu bengkak di leher dan kesakitan selepas menahan bersin menyebabkan ia terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital di Leicester, Britain, baru-baru ini.
“Pesakit memberitahu dia berasa seperti ‘letupan’ pada lehernya selepas menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulut,” kata doktor yang menerangkan secara terperinci dalam kajian berkenaan.


Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) mengesahkan anggapan mereka iaitu tekanan kuat yang dihasilkan akibat menahan bersin menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak.
Mereka menjelaskan, menyekat bersin boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan malah memecahkan aneurisme serebrum, keadaan saluran darah bengkak seperti belon dalam otak.
Lelaki itu yang tidak boleh menelan makanan atau bercakap, diberi makan dan antibiotik menggunakan tiub intravena sehingga bengkak serta sakitnya hilang. Dia dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat.

0 comments: