Pinn…pinn...!!!! Assalamualaikum...
Drebaa ingin berkongsi satu cerita bersama sahabat semua…….
Semasa Drebaa menuntut di sebuah IPT (beberapa tahun dulu dulu…), ada satu cerita yang amat menarik hati Drebaa......cerita ini telah disampaikan oleh seorang Ustaz (sayang rasanya tak dapat ingat namanya) yang bertugas memberi motivasi pada para pelajar baru semester pertama dalam minggu orientasi yang diadakan dalam sebuah masjid. Dalam ceramahnya, beliau telah mengingatkan para pelajar yang hadir bahawa umat Islam telah diwajibkan bersolat fardhu 5 waktu dalam sehari……beliau juga menyebut makhluk ALLAH …..Syaitan yang terkutuk itu pun menyembah penciptanya ALLAH tetapi hanyalah sebanyak 3 kali sehari……..(bagaimana caranya….Wallahualam!)
Kata Ustaz itu, dipandangan mata syaitan, jika manusia itu mengerjakan hanya satu solat fardhu dalam sehari, maka syaitan menganggap insan itu lebih teruk darinya kerana seteruk-teruk dirinya, dia masih menyembah ALLAH SWT 3 kali sehari….. Jika seseorang itu masih dapat menjalankan 2 solat fardhu dalam sehari pun, syaitan tidak merasa tergugat atau runsing malah berbangga dia masih lebih “bagus” dari insan itu. Dan sekiranya makhluk yang sangat dibencinya itu dapat mengerjakan 3 kali solat fardhu dalam sehari , syaitan masih boleh mendabik dada kerana dalam fahamannya manusia itu “sama taraf” dengannya (nauzubillah).
Syaitan mungkin rasa sedikit tergugat jika manusia itu agak rajin darinya kerana berjaya menjalankan 4 solat fardhu dalam sehari, kerana padanya apalah sangat kelebihan 1 “point” darinya. Tetapi alangkah kecewanya syaitan itu apabila seseorang mukmin itu berjaya menunaikan 5 kali solat fardhu dalam satu hari. Sudah tentulah 2 “points” itu sikit sebanyak melemahkan syaitan yang dilaknat kerana bayangkanlah……. jika dalam seminggu 5 waktu x 7 hari = 35 “points” dapat dihimpun oleh insan yang bergelar mukmin itu manakala syaitan hanya mampu mengutip 3 x 7 hari = 21 “points” ketinggalan 14 “points” di belakang. Bayangkanlah pula jika dalam sebulan……? Setahun ………? Tidak mungkin syaitan ada peluang untuk mengejar di belakang……kah..kah…kah!!!!!
Tetapi, sebagai seorang manusia yang telah melafazkan ucapan Dua Kalimah Syahadat, dan yang telah berjaya menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam, kita masih mempunyai tanggungjawab untuk mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan akhir sekali menunaikan Haji bagi yang berkemampuan sepertimana yang tersusun dalam Rukun Islam. Semoga ALLAH meredhai usaha kita, amin.
Bagi sahabat-sahabat yang masih membaca coretan ini, tujuan Drebaa bercerita bukanlah untuk mengajar, mengkritik atau mengaibkan sesiapa pun…..tetapi kerana Drebaa sedar Alhamdulillah dengan izin ALLAH, cerita ini telah memberi kesan kepada diri Drebaa sendiri dan sentiasa dijadikan peransang bagi diri untuk cuba mengatasi tipu muslihat syaitan yang tidak akan berputus asa menyesatkan umat manusia.
Jadi jika tidak menjadi halangan………renung-renungkan lah…..
Eh…belum habis lagi ni…. Ada soalan lain juga yang timbul dalam fikiran Drebaa sewaktu cerita ini didengari…..bagaimana dengan mereka-mereka yang langsung tidak solat….?????
Bak kata si Nabil….."Lu pikir la sendiri….!!!" Ha…ha…ha…ha..!!! Pinnn…piinnn…pinnn!!!!!
skip to main |
skip to sidebar
Translate
Followers
!-end>!-local>
1 comments:
salaam..
Mubin? mana dapat maklumat ni? sangat berguna.. terima kasih banyak ya
Post a Comment