Translate

Mandi

Pergertian Mandi

Mandi ialah menjaga kebersihan tubuh badan merupakan fitrah manusia. salah satu daripada caranyaialah dengan mandi. Mandi boleh membersihkan diri daripada kekotoran. Mandi dari sgi syariah bermaksud meratakan air mutlak keseluruh anggota badan dengan niat.

Bahagian Mandi

Mandi wajib: Mandi yang disertakan dengan niat kerana berhadas besar seperti haid, keluar mani , mati selain mati shahid dan lain-lain lagi.

Mandi sunat: Mandi yang disertakan dengan niat kerana tujuan tertentu seperti mandi hari Jumaat, mandi hari raya dan mandi kerana memeluk Islam.

Mandi harus: Mandi selain mandi wajib dan sunat seperti mandi untuk menyegarkan badan dan menghilangkan bau badan.

Perkara-perkara Sunat Ketika Mandi Wajib

1) Mulakan mandi dengan membaca (Bismillahhirrahmanirrahim)

2)Membersihkan kekotoran atau najis yang menghalang air sampai ke kulit

3)Berwuduk sebelum mandi

4) Meyelati jari kaki, tangan dan rambut

5)Mendahulukan anggota sebelah kanan

6) Mengosok seluruh anggota badan

7) Berdoa selepas mandi

Hikmah Mandi Wajib Dan Sunat

1) Membolehkan seseorang itu melakukan amalan ibadah pada bila-bila masa

2) Menyegarkan dan menguatkan tubuh badan

3) Mencergaskan fikiran

4) Membersihkan badan daripada kekotoran

5) Memberikan keselesaan untuk berhubung dengan orang ramai

0 comments: