Translate

Menuntut ilmu suatu kewajipan manusia


Pepatah ada mengatakan,"Sesiapa yang teguh, dia akan berjaya. Sesiapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak dia akan menuai. Sesiapa yang sabar, dia akan beruntung dan sesiapa yang kuat kemahuan, dia yang mulia."

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang mencintai ilmu pengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia berbekalkan naluri ingin mengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong mereka untuk melangkah dan menuju alam pengajian, bagi mendapat ilmu pengetahuan yang lengkap dan meluas.

Ilmu ialah asas kehidupan. Ia merupakan antara perkara keperluan utama manusia yang menjadi petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ia menjadi tonggak kehidupan yang harmoni juga sebagai satu aset penting bagi manusia.

Dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat dan kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu lebih dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya.

Insan dibezakan daripada haiwan kerana dianugerahkan dengan akal fikiran. Ini memandangkan akal digunakan untuk berfikir. Lanjutan dari itu, seseorang berusaha untuk mendapatkan maklumat dan berbagai-bagai fakta yang disebut sebagai ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Ia diumpamakan seperti cincin bertatah permata berlian, tersarung pada jari kera.

Oleh hal yang demikian, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Bukankah dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara yang seiring dengannya. Ju

0 comments: