Translate

7 Petanda Tak Ada Matlamat

Orang yang kurang berminat mencari ilmu untuk menambahkan ilmu ibarat orang yang tak mahu memajukan diri. Itu samalah dengan orang yang tak ada matlamat kerana dia tidak tahu apa dia nak buat dengan hidupnya.Hidup ni gunanya untuk berhibur saja!
Ada juga orang yang minat mencari ilmu, tapi minat sekejap cuma. Dia merasakan mencari ilmu ni tak ada guna. Kenapa dia rasa tak ada guna? Sebab dia tak tahu peranan ilmu dalam hidupnya. Ilmu gunanya untuk membuat kita tahu apa yang kita tak tahu, dari situ kita boleh gunakan ilmu untuk mencorak kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.
Andainya Anda malas membaca, malas mencari ilmu bahkan Anda suka mentertawakan orang yang rajin mencari membaca untuk mencari ilmu itu petanda bahawa Anda sendiri tidak ada keinginan untuk maju atau memajukan hidup Anda. Tafsiran tu sudah tepat untuk menyatakan Anda merupakan orang tak ada matlamat.
Set matlamat (atau target kecil) dalam apa jua yang Anda nak lakukan supaya diri anda terlatih menjadi orang bermatlamat. Barulah hidup Anda ada kemajuan!. Latih diri membaca bermula dengan membaca 1 muka surat untuk sehari. Esoknya, baca 10 muka surat. Lusa, baca satu bab. Minggu depan, letak target nak habis membaca satu buku.

MARI MEMBACA!!!

0 comments: