Translate

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kini saya dapat bersama-sama rakan pelajar, guru-guru dan semua yang telah lama menyumbangkan idea ke alam siber. Dengan bantuan "Baba"(bapa) terlahirlah blog "Minda Mubin" ini. Diharap saya dapat memberikan yang terbaik untuk dikongsi bersama. Tunjuk ajar dari anda semua amat dialu-alukan.

Saya baru sahaja menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. Sekarang saya ingin berkongsi satu artikel dari majalah Kuntum. Bagi saya, tajuk ini amat penting untuk dikongsi bersama.


HIDUP MESTI ADA TUJUAN

Semua orang mempunyai tujuan hidup tetapi tidak mampu berperanan penting dalam mencapai kejayaan. Sebab utamanya adalah ketidakmampuaan kita sendiri dalam memahami dan mendefinisikan tujuan hidup. Sebahagian besar di antara anda pula memang mempunyai tujuan hidup tetapi terlalu banyak. Jadi tidak ada fokus.

Tujuan hidup amat penting. Bukan untuk diri anda saja tetapi untuk negara. Orang yang mempunyai tujuan hidup tidak menunggu sesuatu kesenangan atau bergolek tetapi mengejarnya. Ya, berusaha ke arahnya.

Maka itu, fikirlah dalam-dalam dan renungkan dengan tenang dan terkawal. Apakah tujuan hidup anda yang sebenarnya? Pilih satu atau dua. Tetapkan hati. Kita mahu maju ke hadapan. Tidak perlukan belas kasihan orang lain. Tidak bergantung kepada orang lain. Semuanya usaha sendiri. Yang penting disiplinkan diri.

0 comments: