Translate

Hijrah Rasullah Ke Madinah

Hijrah pada bahasa ialah berpindah dari suatu tempat kesatu tempat, manakala hijrah pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku pada 12 Rabiulawal selepas tiga tahun Nabi Muhammad menjadi rasul.

Sebab Berlaku Hijrah

* Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak

* Perintah Allah S.W.T mempertahankan Islam

* Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan

* Strategi dakwah Rasulullah S.A.W

* Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin Mekah

Peristiwa Sebelum Hijrah

Apabila Rasulullah S.A.W menyampaikan dakwah secara terus terang, musyrikin Qaris memberi tentangan yang semakin hebat kerana mereka berasa bimbang melihat perkembangan Islam. Mereka takut agama dan adat resam yang diamalkan selama ini akan hilang dan terhapus. Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun mereka akan berusaha untuk menghapuskan Rasulullah S.A.W dan Islam.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh musyrikin Mekah untuk menyekat dakwah Rasullah S.A.W antaranya,

* Memujuk Rasullah S.A.W memperketekan ajaran Islam dan kepercayaan mereka secara bergilir-gilir. Sehari melaksanakan ajaran Islam dan sehari melaksanakan amalan jahiliah.

* Menawarkan kepada Rasullah S.A.W pengekat, harta kekayaan dan perempuan supaya meningalkan dakwah Islam.

* Mengenakan sekatan ekonomi kepada Rsullah S.A.W, bani Hasyim, Abdul Mutalib, dan orang Islam selama tiga tahun.

* Melakukan pelbagai peyeksaan terhadap orang Islam.

* Merancang membunuh Rasullah S.A.W.

0 comments: