Translate

Perang Badar pelopor penggunaan senjata untuk pertahan diri

RAMADAN penuh dengan detik bersejarah yang perlu dikenang dan dipelajari dari semasa ke semasa. Pada tahun ke-2 Hijrah, Rasulullah ke Madinah dan berlaku peperangan pertama antara umat Islam dengan kelompok kufar selepas turunnya wahyu Allah.

Allah berfirman bermaksud: Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. (Surah al-Baqarah: 190)

Kejadian berlaku di kawasan dikenali sebagai Badar dan peperangan terjadi pada 17 Ramadan antara tentera Islam seramai 313 orang diketuai Rasulullah. Kekuatan tentera Islam cuma disokong dua kuda dan 70 unta. Setiap tentera termasuk Muhammad, bergilir-gilir mengenderai unta sepanjang perjalanan.

Kejadian berlaku di kawasan dikenali sebagai Badar dan peperangan terjadi pada 17 Ramadan antara tentera Islam seramai 313 orang diketuai Rasulullah. Kekuatan tentera Islam cuma disokong dua kuda dan 70 unta. Setiap tentera termasuk Muhammad, bergilir-gilir mengenderai unta sepanjang perjalanan.
Faktor yang mencetuskan peperangan ini disebabkan kafilah perniagaan milik Quraisy tiba dari Syam ke Makkah. Lalu Nabi memerintahkan sahabat baginda supaya menghalang kafilah itu, kemudian merampas harta mereka sebagai balasan terhadap harta dirampas Quraisy di Makkah.

Apabila Nabi bersama angkatan tentera sampai ke tempat yang dirancang, baginda mendapat berita kafilah itu sudah terlepas dan berjaya mengelak diri setelah panglimanya, Abu Sufian bin Harb menggunakan jalan persisiran pantai yang jauh dari jalan biasa dilalui kafilah perniagaan.

Sebelum kafilah perniagaan Quraisy berjaya mengelak diri, Abu Sufian bertindak menghantar utusan kepada kaum Quraisy meminta mereka keluar menyelamatkan harta yang hampir terlepas ke tangan umat Islam.

Seramai kira-kira 1,000 lelaki keluar untuk berperang. Mereka bersiap sedia sehingga diberitahu kejayaan kafilah Abu Sufian mengelak diri. Sebaik umat Islam mengetahui berita itu, Nabi meminta nasihat sahabat yang terkemuka.
Mereka mengambil keputusan untuk tetap berada di tempat itu sebagai persediaan berkorban dan berjuang pada jalan Allah. Rasulullah berasa tenang terhadap pendirian sahabat, keutuhan penyatuan serta kekuatan hubungan mereka.

Peperangan berlaku pada pagi hari ke-17 Ramadan. Pasukan tentera terus bertembung dan peperangan malah Rasulullah serta sahabat berperang dengan menggunakan sepenuh kekuatan.

Peristiwa itu sangat penting kepada Islam dan umatnya. Selain menjadi titik tolak kepada keizinan Allah menggunakan senjata untuk mempertahankan diri, ia juga sangat kritikal kerana mengikut penilaian luaran terlalu sukar mencapai kemenangan.

Rasulullah berdoa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada umat Islam menentang tentera Musyrikin. Allah memakbulkan doa baginda dalam peperangan itu yang berakhir dengan kemenangan cemerlang umat Islam dan kekalahan teruk golongan musyikin.

Seramai 70 orang terbunuh dari kalangan mereka, sebanyak itu juga berjaya ditawan. Selebihnya melarikan diri. Hasil daripada peperangan ini, umat Islam mendapat harta rampasan perang yang ditinggalkan.

0 comments: