
Ciri-ciri beradab dengan kawan
Bagi memastikan hubungan dengan kawan sentiasa baik, sewajarnya seseorang beradab ketika bergaul. Antara adab tersebut ialah:
(1) Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah.
(2) Menghindarkan perbuatan atau percakapan yang menyakiti.
(3) Saling nasihat-menasihati kearah kebaikan.
(4) Jujur dan ikhlas dalam persahabatan.
Mematuhi adab berkawan adalah penting sekiranya kita ingin menjalin hubungan persahabatan yang baik, berkekalan dan diredhai Allah. Persahabatan yang tidak berpandukan peraturan syariat akan membawa keburukan kepada diri kita. Berhati-hatilah memilih kawan kerana kawan boleh mendorong kita melakukan perkara maksiat dan mungkar.
0 comments:
Post a Comment